Plot Twin Dragons

Filem ini menceritakan tentang Mrs. Ma yang sedang bercuti ke Hong Kong lalu melahirkan dua anak kembar di salah satu hospital. Disamping itu, terdapat seseorang penjahat yang berusaha ingin melarikan diri dan mengambil salah satu anak Mrs. Ma untuk menjadi sandera. Selepas kehilangan bayi tersebut, bayi itu pun dianggap mati. Mrs. Ma pun balik ke New York dengan satu bayinya yang diberi nama Ma Yau.

Dua kembar yang terpisah sejak lahir kini sudah meningkat dewasa. Ma Yau berjaya menjadi seorang pemain piano dan Konduktor. Tetapi saudara kembarnya yang bernama Wan Ming rupanya masih hidup dan kini menjadi seorang montir jalanan.

Selepas dirinya dianggap sudah hilang dan mati, rupanya dia dibesarkan oleh salah seorang wanita yang bekerja menjadi pelayan di bar. Ma Yau yang tidak tahu bahawa dirinya mempunyai saudara kembar. Pada suatu hari dia berjumpa dengan Wan Ming, mereka pun saling menjadi keliru. Sampai akhirnya mereka terjerat di dalam dunia masing-masing.